Thursday, March 29, 2012

C.O.U.R.S.E

Assalamualaikum...
SPM dah habis, result dah dapat. so, apa step seterusnya??? Isi borang biasiswa dan UPU lah. apa lagi XD sejujurnya, aku tak isi langsung scholarships form. tahu tak sebab apa? bukan sebab putus asa tapi aku rasa aku tak layak untuk dapat scholarship. 
"isi jelah. mana tahu ada rezeki"
"kau tak cuba, mana tahu kan?"

entahlah weh, kalau baca requirements untuk apply scholarship tu, at least nak 9A+, 9A, 8A. jarang ada scholarship yang nak budak-budak 8A ke bawah. lagipun, banyak scholarship yang ditawarkan hanya untuk course tertentu macam medic, dentistry dan engineering. engineering pun tak banyak. 

jom pergi pwtc sabtu ahad ni XD


jadi anda semua dah pilih bidang yang anda ingin ceburi? aku dah pilih dah XD *suka lak nak bgtahu 

1. asasi sains hayat UIAM
2. diploma seni kulinari UITM
3. asasi sains hayat UM
4. asasi sains pertanian UPM
5 dan 6. diploma hospitality UITM
7. diploma sains gunaan UTHM
8. asasi ekonomi & sains pengurusan UIAM

sebenarnya, course yang aku pilih ni berdasarkan minat dan pandangan jauh aku untuk masa depan.
sains hayat, aku boleh jadi microbiologist ke. then, seni kulinari lak, aku boleh jadi chef, bukak katering ke tak pun bukak perniagaan sendiri. UPM dan UTHM, aku akan furtherkan degree dalam bidang kejuruteraan awam dan alam sekitar. hospitality pulak, aku nak majukan bidang pelancongan kat malaysia ni. lastly, ekonomi dan sains pengurusan, aku terfikir nak bukak business. 

tapi kan, antara semua course yang aku pilih ni, aku dah tersangat jatuh cinta dekat course SENI KULINARI. sebenarnya bidang ni luas. bukan setakat masak memasak saja. then, aku ada tanya jiran aku yang belajar kat UITM dalam course ni, dia kata best bidang ni. antara benda yang dipelajari kat sini, ukir buah.



okay, seriusly, aku minat benda ni XD

bila cakap pasal course ni, kadang-kadang ada orang kata, "ada masa depan ke bidang ni?" ," habis tu nak jadi apa bila habis belajar? " ,"tak payahlah. amik bidang lain je". 
pada pandangan aku, kalau semua orang nak jadi doktor, nak jadi engineer, nak jadi dentist, sapa nak ceburi bidang lain? sapa nak jadi nurse, cikgu, chef??? tak semestinya bila result kita gempak, kita kena jadi engineer, kita kena jadi doctor. apa salahnya ceburi bidang lain. 
sebenarnya bidang apa yang kita ceburi mesti berdasarkan kemampuan dan minat kita. semua bidang ada kesusahannya. takdalah kata doctor susahlah. habis tu, jadi cikgu senang? tak okay XD

sebenarnya kan, aku tulis post ni sebab nak bukak fikran semua orang yang setiap bidang tu ada kepentingannya. biarlah orang tu nak pilih apa-apa course. jangan halang dia. jangan perkecilkan dia dan doakan yang terbaik untuk dia :)

aku nak jadi macam ni :)
bila dah berjaya nanti, kita tolonglah antara kita. insyaAllah kalau aku jadi chef nanti, aku boleh tolong korang masa korang kahwin nanti. lauk pengantin, insyaAllah sedap punya dan menarik XD
biar mimpi jadi kenyataan. Aaaamiiiin :)




Friday, March 23, 2012

This is not the end of journey

assalamualaikum :)

  21 mac 2012, result SPM keluar akhirnya, setelah hampir 3 bulan menunggu. SEMESRA, 69 out of 196 orang dapat straight A's then 3 daripada mereka 9A+. siapa 3 orang tu? Othman affan, Borhan dan Hafizah. okay, jujur, aku bukan salah seorang daripada 69 orang tu. tapi apapun, aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan ni.
  so, perjalanan aku masih jauh lagi. SPM is not the end of journey but the beginning of journey. 21 mac, ramai dah start apply untuk UPU fasa 2, scholarship bagai. kesian batch aku, JPA dan MARA dah tak tawarkan biasiswa lagi. sangat-sangat kesian kan kami, batch 94 ? terpaksalah merempat, cari scholarship yang sesuai dengan course yang diminati. banyak gila sebenarnya biasiswa ni. yang tak pernah dengar pun ada jugak macam AJINOMOTO. hehehehe

  tapi, aku tak layak untuk semua biasiswa tu. sedihnya. tak mengapa, banyak lagi pinjaman yang ada. PAMA pun ada jugak :) weeee~ mungkin kalau kita perform dengan baiknya masa study, pinjaman boleh bertukar kepada scholarship. apa-apa pun, belajar sungguh-sungguh lagi.
  

spm bukan penghujung perjalanan kita okay. jangan frust terlalu lama, bazir masa je. jangan menangis terlalu banyak, bazir air mata je. kita flashback balik sikap kita. macam mana kita dulu. baik ke tak baik. mungkin sebab kita tak baik, selalu mengumpat orang, inilah balasan daripada Allah, result yang tak berapa bagus. ada jugak orang yang bersikap negatif tapi Allah bagi dia kejayaan, mungkin Allah ingin menguji dia. 

baca notes kat bawah ni untuk naikkan semangat yang dah luntur :) hehehehe

1. Mungkin Allah tarik sedikit kenikmatan sedia ada dari kita untuk menguji, Siapa sangka suatu hari nanti Allah nak bagi nikmat yang lebih besar dari nikmat yang sedia ada untuk kita.....Apa salahnya bersangka baik pada Allah kan ? 

2. apabila kita redha kepada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah bahawa Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

3. Remember , the result doesn't means much, only the effort we put forward matters.Even if our Herculean effort didn't help much on our own slip , but surely it did helped other friends' slips.So be proud of yourself. There's no any individual success, only Valedictorian's success. .Strive harder to success in life and hereafter. 

4. chill. let's face it, high school is not everything. we may do so many mistakes now. but that's why it's called a school, a place where mistakes are still accepted and tolerable :) we still have the world to face! good luck in your lives, guys!

5. Straight As SPM tak menjamin gaji 10k kerja nanti. Siapa2 rasa dia dah down, bangkit lah. Peluang & rezeki ada di mana2 sahaja. Cuma perlu berazam dan berusaha bersungguh-sungguh di Universiti nanti. 

6. kepada sesiapa yg x dpt stret A and die rase down yg amat sgt..ni ak nk cite skit...kakak ak 3A SPM,bley je pegi france...tp bkan direct pegi..die pegi IPT MARA then dpt cgpa 3.5..then msuk FMI dpt la pegi france...abg ak 4A SPM msuk matriks dpt 4 flat..then pegi USM and dpt JPA..ape ak nk ckp is x semestinye mase depan korg bergantung kat SPM korg semata-mata...SPM teruk bkan brmkne x ley dpt ape2 biasiswa or tajaan..


okay, then baca cerita ini.... (copy paste saja)
SIAPA YG RASA DOWN CUBA BACA NI..INSYAALLAH SELERA MAKAN MENINGKAT ♥

Kawan-kawan, nak cerita something ni.
Abang aku dulu SPM dia dapat below than 5A. Sebab mak aku kata dia tak study.
Ayah aku mengamuk sampai.... *terlalu tragis, tak boleh bagitau. Ececeh.
Ayah aku expectation dia kat abang aku tinggi sebenarnya.

Tapi kan, bila Allah tarik sesuatu, Dia sebenarnya beri sesuatu.
Abang aku tu minat komputer. Time upper form, dia belajar sendiri pasal komputer ni.
Dan daripada dia belajar sendiri tu lah yang buatkan dia pandai dalam hal hal komputer. And kalau korang nak tau, dia pandai hack komputer orang. Ngeh~
Time dia form 5, kalau cikgu kat sekolah tak tau nak buat tu buat ni pasal komputer, dorang selalu panggil abang aku.

Time dia semester 5 utk habiskan diploma, dia fail calculus. So kena ambil 1 semester lagi. Dia belajar betul betul sampai lah dia lulus.
Then dia buat praktikal kat satu company multimedia, Sedania Media Group.
Company tu deal dgn banyak company besar. Salah satunya Celcom.
Abang aku pun praktikal la kat situ.
Ada satu cerita dari dia yang buat aku terkesima. Ececeh.
Dia cerita, ada satu budak U yang macam dia, tengah praktikal kat situ jumpa dia sebab tak boleh nak solve problem pasal komputer.
Budak tu abang aku cakap dapat result better than dia time SPM pastu masuk U study komputer. Kira formal education on computers la.
Abang aku pun pergi la tengok. Dia kata, sebenarnya problem tu senang je nak solve.
Dia pun tolong la budak tu. Budak tu spent 2 jam tapi abang aku spent 10 minit je.
And time dia dah nak habis praktikal, company tu macam berat hati nak lepaskan abang aku. So abang aku pun part-time la sekejap kat situ. Sebulan je. Hahaha.

Sebenarnya, abang aku beli sendiri komputer dia yang aku tak tau berapa ribu capacity, laju mana connection dia, compared to aku punya komputer ni. Walaupun guna wireless yang sama. 
Sekarang ni, dia tengah sambung degree. Pasal komputer jugak.
Dia tu, setakat diploma je pun boleh dapat income besar. Cuma ayah aku yang asyik underestimate dia. Seriously aku tak tipu.

So, korang nampak kan, macam mana Allah tolong hamba Dia?
Biar kita dapat result tak cantik, asalkan kita tahu kat mana minat kita.
Contohnya, kita nak buat medic. Tapi bio la, itu la, ini la, yang memusnahkan impian kita, takpe. Maknanya, Dia tak bagi kita buat medic la tu. Maybe sebab nanti time jumpa mayat betul kita muntah muntah ke, pengsan ke? Kan dah rugi.
So awal awal lagi Dia dah block jalan kita sebab Dia saja yang tahu yang terbaik untuk kita. Bukan untuk orang lain.
Bila Dia tutup satu pintu, Dia akan buka satu pintu yang lain.
Rezeki kita semua lain lain. Ujian kita semua lain lain.

Tapi apa pun, kena ingat, semua yang kita ada ni atas belas ihsan Dia.
Success & failure adalah ujian daripada Dia.
Jalan kita masih jauh. Banyak lagi yang Allah dah rancang untuk kita.
So, buat kawan kawan yang dapat result yang ditargetkan, tahniah :)
Dan buat kawan kawan yang dapat result yang tak menggembirakan, takpa. apa pun result kita, kita sebenarnya dah berjaya. 


jangan lunturkan semangat anda jika anda gagal. SPM BUKAN PENGHUJUNG OKAY. oh ye, ingatan untuk diri sendiri jugak, before result keluar kan kita selalu buat ibadah-ibadah sunat, marilah kita beristiqamah dalam melakukan ibadat, bukan sebab SPM okay. then, sesiapa yang bernazar, tunaikan nazar anda. jazlee kata, "bernazar sah bila kite cakap kat depan org. sbgi saksi. cth aku cakap kat jamilah. aku kalo dapat 9A+ aku nk belanje sume org makan laa sbgi tande aku bersyukur. dah. jadi kalo dapat 9A+, wajib laa tunaikan. saksi bertugas sbgi pengingat. kalo tak silap aku laa. ".... 
amir zani pulak kata, "siapa yg ta melaksanakn nazar nye ada kafarah die... iaitu:merdekakan hamba
= beri makan 10 org miskin secupak seorang, = beri pakaian pada 10 org miskin, = jika tidak dapat buat 3 kat atas ni kenalah puasa 3 hari.

itu saja XD enjoy result anda okay :)






Sunday, March 18, 2012

Penantian dah nak berakhir :)

Assalamualaikum :)

hey korang XD hehehehehe.... result lg 3 hari nak keluar ni. cuak tak??? cuak kan??? hehehehe
3 bulan rasa sekejap je macam 3 hari kut. 21 mac kan result keluar :D


"lps spm buat apa?"
"tak bosan duk rumah?"
"tak dapat PLKN ke?"
"bila result keluar?"
*okay, nilah soalan yang biasa diajukan ye

"amik lesen je"
"tak buat apa2 pun kat rumah"
"jaga adik or anak buah or anak jiran"
"aku kerja part time je"
"belajar menjahit or memasak"
"on9 jelah, nak buat apa lagi"
"amik course BI kat kolej swasta"
*ni pulak, jawapan common

tak lama lagi, pakej percutian kita ni dah nak habis dah. erkkk, sedihnya dan malasnya!!! lama kut bercuti, mestilah malas. lepas ni, study lagi tough kut. takut jugak. takut apa yang study kat sekolah dah lupa :( tu lah, belajar kerana Allah bukan sebab SPM.

lately, banyak aku dapat mesej untuk kejayaan spm. then, dorang plan untuk baca yassin ari selasa, 20 mac 2012 pukul 8 malam. insyaAllah, kejayaan bersama kita :)

sekarang kat FB, sibuk dah cerita pasal result. kat group valedict, tak sangat lah. dorang sibuk cerita nak pakai baju apa time amik result. kat group SBP 94, every hour and minutes, cerita result je. actually bagus lah. mengingatkan kita semua yang result dah nak keluar dah.

aku suka baca post-post ni,

-walaupun result kita dah dicetak ke ape ke..tapi..PERCAYA LAH dengan KEAJAIBAN dan KEHEBATAN Allah..tiada yang MUSTAHIL :) PERCAYA dan YAKIN terhadap-Nya..insyaAllah..

-InsyAllah keputusan SPM 2011 akan diumumkan pada 21 Mac. Marilah mulai malam ini kita bersama-sama melakukan amalan solat hajat sehingga malam 21 Mac. Amalan ini kita lakukan selepas solat Isya’ dan sebelum waktu solat Subuh. Amalannya kita kita mulakan dengan Solat Sunat Tahjud 2 rakaat(jika kita tidur dahulu), Solat Sunat Taubat 2 rakaat, Solat Hajat 2 rakaat dan Solat Witir –sekurang2nya satu rakaat. Pada sujud terakhir Solat Hajat kita sama-sama mendoakan diri kita, anak-anak murid kita, anak-anak kita atau rakan2 kita yang akan mengambil keputusan SPM nanti akan dianugerahkan Allah swt dengan Straight A+ untuk yang mampu, sementara yang kurang mampu mendapat Straight A. Moga Allah SWT perkenankan. Aminn

-Ade kah kite tau ape yg terbaek ntk dri kita?.jad knape prlu kte tkt ap yg tlh Allah tntukn ntk kte?.terima lah seadany dngn pnuh kyknan bhw sgale yg brlaku ad hikmahnya..boleh jadi ap yg kamu bnci itu yg terbaek ntk kamu,bnd yg kamu suka itu bkn yg terbaek ntk kamu..jadi,marilah kita berdoa yg terbaek ntk kita,x kesah ap pn yg tlh dtntukn..

kawan aku cakap, baca surah al-insyirah banyak-banyak supaya tenang, tak gelisah. sapa tak gelisah time-time camni kan. then, istiqamah baca yassin lepas subuh. 

insyaAllah kejayaan bersama kita. moga keputusan yang bakal kita dapat ni, membolehkan kita sambung belajar dalam course yang kita minat, jadikan kita hamba yang bersyukur kepada Allah, sentiasa ingat Allah dan membolehkan kita menyumbangkan kemajuan kepada agama kita. All the best XD

P/s: dak-dak PLKN balik dah, DP semuanya berbaju biru belang putih. sumpah jeles kut... hehehehe











Tuesday, February 7, 2012

Back to rembau for a while!

Assalamualaikum :)
oh yeah! kami pergi rembau hari tu which is 2nd feb 2012. best. rugi sapa tak pergi. hehehe

ok, this is our journey.
it is started at 8.00 a.m. kat merlimau, aku tunggu Arinah. then, kami berdua naik bas S.K.A ke melaka sentral.  tambangnya, RM3.50. lebih kurang sejam setengah kitaorang dalam bas. almaklumlah, bas henti-henti, bukan bas ekspress. 
sampai kat melaka sentral lebih kurang pukul 9.15. kami LAPAR, so, breakfastlah sementara tunggu adibah ariffin. tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. penat dah tunggu si dibah ni. at last, dia sampai jugak. terus cari bas ke Seremban sebab ingat nak naik bas ke Tampin, tapi pukul 11.00 pagi. lastnya, dapat lah naik Transnasional ke Seremban pukul 10.30 pagi.

muka aku takda :)
teruja naik bas tu sebab aku rasa macam dalam kapal terbang pulak. memang first class lah bas tu. hehehe.  on the way to seremban, I text ayna that we are on the way to rembau. apa lagi, "korang, belilah kek. sweet sikit" bhahaha. 
samapi terminal one, berposak kitaorang nak cari kedai kek. siap call ahmad kamil, tanya mana seremban parade. lastnya, kedai kek ada je kat terminal one tu. hehehehe.

inilah kek tu. sweet tak???
ok. kemudian, bayar RM 3 naiklah kami bas untuk ke Rembau. bas henti-henti lagi. sejam dalam bas, turunlah dekat pekan Rembau. turun je Pekan Rembau, penat berjalan untuk cari stesen teksi. lastnya, jumpa lah jugak. pak cik tu kenakan charge RM 15. at last, sampailah di SEKOLAH MENENGAH SAINS REMBAU pada jam 2.30, lebih kuranglah. telefon meen, tunggu 10 minit barulah diorang jemput kitaorang kat depan sekolah.

depan sekolah

dalam bas


sampai kat kantin sekolah, oh tidak, kami macam selebriti ye, hehehe. nama kami dipanggil oleh beberapa orang junior. aiseh, terpaksalah layan peminat-peminat kami. borak-borak, cerita apa yang kitaorang buat sekarang, dorang sibuk tanya valedictorian lain buat apa. care jugak diorang kat kitaorang ekk??? ada gak yang tanya " datang nak tengok hoki ke?" haish, mentang-mentanglah masa tu ada kejohanan hoki daerah rembau. 




lepas solat zuhur, sudah masanya kami berpisah. argh, sedihnya time ni. see you then :( time ni hujan. alam pun sedih dengan perpisahan ni. ceewah! hehehe. call pak cik teksi. lastnya, pak cik teksi yg baik hati tu hantar kami ke melaka terus. oklah, bayar RM60. share 3 orang. lepas tu, makan kat kedai nasi ayam. lastly,  balik merlimau dengan selamatnya. alhamdulillah :)

ni je yg tinggal :D


ok dear friends, memang adventurous journey kali ni. tapi seriously SERONOK. terima kasih banyak-banyak kat Nashrah Ayna, Yasmeen Fazeera, Adibah, Arinah. thanks a lot korang. to juniors yang tak sempat nak jumpa, maaf sangat-sangat.

to all valedictorian, HAPPY 2ND ANNIVERSARY. moga ukhwah yang terjalin ni, kekal hingga ke syurga :)

aku suka gambar ni :) hehehe






Monday, January 9, 2012

si selamba badak, zubaidah!



peace yo! hehehe... nama aku, zubaidah choo binti rahmat choo. aku budak akhirul zaman dan aku warga sejati Frostoan :)

nilah bedah. budak paling selamba yang pernah aku jumpa. ok. first day sekolah, aku dah jumpa dia. ingatkan dia ni cina. memang ada darah cina pun. pergh! paling aku tak lupa masa first time aku jumpa dia, orang lain makan guna tangan kat DM but dia, makan guna sudu ngan garfu. ceh! first time nmpk, "bajet betul lah budak ni makan guna sudu". bila dah kenal korang akan tahu yang dia tak reti makan guna tangan mula-mula dulu :P hehehehe. 

kat asrama lagi macam-macam benda dia buat. hahaha. takyah cerita lah :D hantu maggi kot bedah ni. ok! maggi apa dia tak pernah makan? hahaha tak tahulah pulak. stok maggi dia sentiasa ada :)

ini Faiq, scandal saya dulu :)

bedah kakak dorm yang paling cool. 2011, actually dia satu dorm dengan Aned dan Inka. tp sebab aned ngan inka tu MT rumah, so dorang terpaksa pindah AZ 10. kesian bedah, ditinggalkan sendirian menjaga adik-adiknya di AZ 2. wei, sumpah macam ibu tunggal aku tengok bedah time tu. dia sorang je kakak form 5. tapi, adik-adik dorm dia kata, "kak bedah best, cool, tak kisah kitaorang nak buat apa". until dorm dia dapat dorm terkotor. but surprisingly, dorm dia pernah dapat dorm terbersih. hebat lah!

ini anak ikan saya :)

hamster! bedah suka hamster. dia sorang je bela hamster dalam dorm, bawa hamster pergi kelas. cool kan? hahaha.  at last, semua hamster dia mati. tapi, sebagai penghargaan adik-adik dorm dia, dorang bagi bedah hamster hari tu. untunglah bedah!

we are best friends right???

hujung tahun 2011, bedah tukar dorm dengan aned. ane masuk az2, bedah masuk az10. bila bedah + yasmeen + inka, pergh! satu kombinasi yang hebat. maka bergegarlah az10 tu. aku tak tahu macam mana wan boleh survive dalam dorm tu. tahniahlah wan sebab dapat survive dalam dorm tu. dorang 3 orang ni kawan baik. yup! kawan baik. hobi yang sama, perangai yang sama, masuk aspura pun sama-sama. hehehe.   dorang suka main gitar dan menyanyi bersama :)

now, i miss bedah. aku rindu nak tengok keselambaan dia, muka baru bangun tidur dia, mata dia yang kecik tu. hahaha. apa boleh buat, life must go on. so, bedah, tahniah kerana jadi manusia yang selamba. aku suka cara kau :) yeah!

aku suka gambar ni :)






 

Thursday, January 5, 2012

Ran- the great :D


"undilah saya kalau saya jadi wakil rakyat anda"
perghhh! ayat tak boleh bla. aku tak tahulah dia ni nak jadi wakil rakyat ke? tapi aku tahu yg impian dia, nak bukak saloon untuk perempuan-perempuan muslimah. hehehehe. semoga berjaya!

penolong ketua badar, kapten hoki perempuan, ermm,, apa lagi jawatan ekk? oh! ketua keceriaan kelas, eh? betul ke? hehehe... nilah raihan najihah. penuh dengan kepimpinan.aku rasa sesuailah kalau dia nak jadi wakil rakyat :)

sy dapat award, alhamdulillah...

kami panggil dia RAN bukan RAIHAN. tak tahu kenapa. kreatif, tabah, jati diri kuat, suara sedap, tegas, ape lagi? banyak yg noble values yang dia ada. 

setia dgn hockey stick dia, SACHIN :D


nak dengar cerita tak? ran tak suka SEMESRA. lagi-lagi bila dia ditakdirkan untuk jadi pen ketua badar secara tiba-tiba. tak! memang dah Allah tetapkan yang dia dapat jawatan tu. banyak cubaan yang Allah datangkan kat dia untuk menguji kesabaran dia. aku tak tahulah macam mana dia boleh jadi tabah hadapi cubaan tu. tahniah la ran! jarang aku tangok dia nangis depan orang kalau dia ada masalah. maybe dia nangis senyap-senyap kot. hehehe.

captain hoki :)

aku suka dengar dia bagi tazkirah. dialah yang introduce kat aku pasal iluminati, artis-artis yang terlibat dengan iluminati, aurat, ibadah-ibadah sunat. senang cerita apa-apa yang berkaitan agama banyak aku rujuk kat dia. Thanks ran!

jgn terpedaya dgn agenda yahudi tau!
kenangan aku dengan ran ni banyak, banyak sangat! dia yang ajar aku main hoki, introduce aku main hoki dan lastnya aku join gak team hoki even jadi reserve player. then, dia jugak selalu dengar masalah aku, aku gak selalu dengar masalah dia. cerita-cerita sedih, gembira selalu kitaorang share. bila dah masuk akhir 2011 which is dah nak habis sekolah, ran dah mula suka tinggal kat semesra. dia sayang gila kat valedictorian. sape tak sayang valedict kan? hehehe

so, macam biasa, terima kasih ran atas segala nasihat kau kat aku, tunjuk ajar kau pada aku, aku tak pernah lupa, insya-Allah. doakan aku terus istiqamah dalam ibadah dan kejayaan kita bersama di dunia dan akirat. ameen :) terima kasih banyak-banyak RAIHAN NAJIHAH!!!

kenangan masa hoki :)












Dyana Farhana si Feminine :)

Dyana Farhana??? lebih dikenali sebagai DF... dia tak suka korang panggil dia Farhana. tak tahu kenapa, maybe sebab Farhana tu panggilan untuk bakal suami dia tak? hehehehe...


ni lah si DF tu. whoa! dapat anugerah mistress of the night kot. hebat tak? hehehe... kawan aku tu :)
DF sangat matang! ramai budak2 suka dia. aku rasa semua junior kenal dia. Kak DF? hahaha. 

cerita aku dengan DF? aku tak suka dia ni. dia jiran aku masa 2 tahun lepas. budak second intake. kerek gila! bajet! hahahaha... memanglah, awal-awal masuk, sape suka kan? but at last aku suka dia. feminine gila. lip balm sentiasa di purse! dalam beg dia, sanitizer, bedak, losyen, tisu semua ada! memang macam langit dengan bumi lah kalau dibandingkan dia dengan aku...

DF ada kembar tau. lelaki. hahaha. tak, sebenarnya muka dorang sama. pernah DF kena tanya dengan budak form yang baru masuk, "akak ni kembar dengan abang jambu ea?" mana ada! muka je hampir sama. 

Faris amirul

Dyana Farhana
sama tak? lebih kuranglah! hehehe...
hmmm,,, kawan baik? DF baik dengan Aween. baik gila! kat mana ada DF, kat situ ada Aween.sesuailah DF dengan Aween. satu kepala. senam tari bersama, suka fesyen, feminine, suka menari, muka cantik kot dua-dua ni. Aween ada buat satu album khas "DF & Aween" oh! sweetnyeeee :)  DF pernah nangis masa Aween rapat dengan orang lain. wei, kawan baik dah tak rapat lagi, mana tak sedih! aku pun, kalau kena macam tu nangis... moga persahabatan korang kekal sampai ke syurga :)



sharing is caring :) hahaha

so, DF penghargaan buat kau, tahniah kerana berjaya mengharungi kehidupan yang mencabar di SEMESRA. aku teringat masa awal-awal kau masuk SEMESRA, kau menangis gila-gila. hehehe. Terima kasih untuk segalanya kawan! aku sayang kau :)