Thursday, March 29, 2012

C.O.U.R.S.E

Assalamualaikum...
SPM dah habis, result dah dapat. so, apa step seterusnya??? Isi borang biasiswa dan UPU lah. apa lagi XD sejujurnya, aku tak isi langsung scholarships form. tahu tak sebab apa? bukan sebab putus asa tapi aku rasa aku tak layak untuk dapat scholarship. 
"isi jelah. mana tahu ada rezeki"
"kau tak cuba, mana tahu kan?"

entahlah weh, kalau baca requirements untuk apply scholarship tu, at least nak 9A+, 9A, 8A. jarang ada scholarship yang nak budak-budak 8A ke bawah. lagipun, banyak scholarship yang ditawarkan hanya untuk course tertentu macam medic, dentistry dan engineering. engineering pun tak banyak. 

jom pergi pwtc sabtu ahad ni XD


jadi anda semua dah pilih bidang yang anda ingin ceburi? aku dah pilih dah XD *suka lak nak bgtahu 

1. asasi sains hayat UIAM
2. diploma seni kulinari UITM
3. asasi sains hayat UM
4. asasi sains pertanian UPM
5 dan 6. diploma hospitality UITM
7. diploma sains gunaan UTHM
8. asasi ekonomi & sains pengurusan UIAM

sebenarnya, course yang aku pilih ni berdasarkan minat dan pandangan jauh aku untuk masa depan.
sains hayat, aku boleh jadi microbiologist ke. then, seni kulinari lak, aku boleh jadi chef, bukak katering ke tak pun bukak perniagaan sendiri. UPM dan UTHM, aku akan furtherkan degree dalam bidang kejuruteraan awam dan alam sekitar. hospitality pulak, aku nak majukan bidang pelancongan kat malaysia ni. lastly, ekonomi dan sains pengurusan, aku terfikir nak bukak business. 

tapi kan, antara semua course yang aku pilih ni, aku dah tersangat jatuh cinta dekat course SENI KULINARI. sebenarnya bidang ni luas. bukan setakat masak memasak saja. then, aku ada tanya jiran aku yang belajar kat UITM dalam course ni, dia kata best bidang ni. antara benda yang dipelajari kat sini, ukir buah.



okay, seriusly, aku minat benda ni XD

bila cakap pasal course ni, kadang-kadang ada orang kata, "ada masa depan ke bidang ni?" ," habis tu nak jadi apa bila habis belajar? " ,"tak payahlah. amik bidang lain je". 
pada pandangan aku, kalau semua orang nak jadi doktor, nak jadi engineer, nak jadi dentist, sapa nak ceburi bidang lain? sapa nak jadi nurse, cikgu, chef??? tak semestinya bila result kita gempak, kita kena jadi engineer, kita kena jadi doctor. apa salahnya ceburi bidang lain. 
sebenarnya bidang apa yang kita ceburi mesti berdasarkan kemampuan dan minat kita. semua bidang ada kesusahannya. takdalah kata doctor susahlah. habis tu, jadi cikgu senang? tak okay XD

sebenarnya kan, aku tulis post ni sebab nak bukak fikran semua orang yang setiap bidang tu ada kepentingannya. biarlah orang tu nak pilih apa-apa course. jangan halang dia. jangan perkecilkan dia dan doakan yang terbaik untuk dia :)

aku nak jadi macam ni :)
bila dah berjaya nanti, kita tolonglah antara kita. insyaAllah kalau aku jadi chef nanti, aku boleh tolong korang masa korang kahwin nanti. lauk pengantin, insyaAllah sedap punya dan menarik XD
biar mimpi jadi kenyataan. Aaaamiiiin :)




2 comments: