reunion kelas bakal diadakan tak lama lagi. maybe cancel kot sebab ramai yang tak nak datang. sebenarnya aku bukan tak nak datang tapi memang tak boleh datang. parents tak bagi kut. kalau parents aku bagi, dah lama dah aku pergi.
kesian kut syafiq dengan KZ. seriously, sorry korang.
syafiq kata camni kat group,
"kawan2,minx maaf tp ak rse ade sglintir drpd kite mmg xnk pon join reunion neh...
korg ade yg bole ade yg x...nk seribu daye xnk sribu dalih..klau korg btul2 nk kite reunite balik same2,gelak n happy same2 mesti korg akan cube yg terbaik utk laksanakn reunion nih..tp seriously korg x amek kisah.
sbenarnye korg mmg xnak pon pergi.........klau yg sakit tu xpe
klau skrg yg keadaan korg yg masih single ni pon xbole...apatah lg da kawin....suami x bagi la,anak kat umah...lpas ni i bet there is no reunion again if u all behave like this because there is never a commitment from u all...and as a result
ak ngn kz postpone event nih smpai korg btul2 nk reunion...ciao"
perempuan sebenarnya susah nak keluar. parents kadang-kadang kongkong ada baiknya. lelaki lah, kalau korang ada anak perempuan kau bagi tak diaorang keluar sesuka hati? maybe ada kata YA dan TIDAK. korang tahu apa yang terbaik untuk anak korang.
aku rasa, bila dah masuk U ke matrik nanti, parents akan lebih open sikit. maybe time tu kalau kami, perempuan request nak keluar, InsyaAllah boleh. maybe ada yang study kat overseas, apa salahnya kita buat reunion time cuti semester ke. aku percaya, boleh punya.
aku tahu macam mana kecewanya bila kita dah organise event then, jemput orang, kredit bazir jemput orang sana sini, berbuih mulut terangkan pasal event yang kita rancang but at last, tak ramai pun yang datang. 2 kali kut aku rasa camtu. kena bahan lagi sebab event yang aku create tak menjadi dan akhirnya, aku malas nak create event lagi :(
muka aku dah macam ni dah haritu :( |
apa salahnya kalau kita buat reunion lagi setahun dua ke. maybe time tu lagi banyak benda kita nak cerita. lagi banyak benda nak bualkan. time tu, kewangan dah kukuh sikit kut. bukan setakat pergi sunway lagoon je, genting highlands ke sabah sarawak pun boleh pergi :)
jom terbang sama-sama :) |
bila aku kecewa event yang create, aku selalu ingat yang "manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan"
janganlah sebab reunion je kita berpecah belah. please :( Allah dah tentukan semuanya. bersabarlah. aku tahu, korang rindu merindui. tapi apa boleh buat kan?
<3 einstein |
maaf kalian semua. tak bermaksud nak lukakan hati korang, tapi apa boleh buat kalau parents dah tak bagi. pernah aku alami benda yang tak elok sebab aku tak dengar cakap parents aku. tak nak lah hal yang sama lagi berlaku. insyaAllah, kalau ukhwah antara kita kukuh, setahun dua lagi kalau kita buat reunion takda hal punya XD
Leh ah siti nur...HEM cool je tu XD
ReplyDeleteHEM pro haha,aq da kembali hahahaa
ReplyDelete