Tuesday, January 20, 2015

Duka




tiada duka yang abadi di dunia
tiada sepi merantaimu selamanya 
malam kan berakhir, hari kan berganti 
Takdir hidup kan dijalani 

tangis dan tawa nyanyian yang menggiring
hati yang rindukan cinta di jalan mu 
namun ku percaya, hati kan meyakini 
semua akan indah pada akhirnya 

andai bisa ku mengulang 
waktu hilang dan terbuang 
andai bisa perbaiki segala yang terjadi 
tapi waktu tak berhenti 
tapi detik tak kembali 
harap ampunkan hambaMu ini 

waktu berputar rembulan dan matahari 
bunga yang mekar akan layu akan mati 
malam kan berakhir, hari kan berganti 
takdir hidup kan dijalani 


**********************
Dalam dunia ni, tiada yang kekal. bila kita sedih, ingatlah bahawa sedih tu takkan selamanya. bila kita gembira, ingatlah kegembiraan itu tidak juga kekal selamanya. 

so what should we do huh?
when life is sweet,
say thank you and celebrate
when life is bitter, 
say thank you and grow 

Diri
janganlah disebabkan kesedihan sedikit, habis terpalit semuanya. 
hidup ini cuma sekali. dan seharusnya kita memanfaatkan sebaiknya hidup ini. 
jika terasa lemah, terlalu lemah, mungkin sudah masanya kita muhasabah diri agar kita jumpa kembali kekuatan tersebut. kekuatan yang telah hilang itu. 

moga kita sama sama diberi kekuatan apabila ditimpa kesedihan :) 

Tuesday, January 6, 2015

New year, 2015

Assalamualaikum :D

It is 2015 now guys! waaaa, umur dah naik satu angka lagi. getting older huh. tp muka mcm kanak kanak mungkin. okay perasan, hahahaha. 

i think for this entry, I would like to write about my 2014. tak pasti tahun yg menyedihkan atau menggembirakan, hehehe. 

okay, starting from January, masih di Johor Bharu meneruskan latihan industri pertama di The Puteri Pacific dan PERSADA. About this story, i ever wrote it in my previous entry, please refer okay. hehehe. Latihan industri berakhir pada Mac 2014. 

masuk bulan april, aku kat rumah. menjalani rutin sebagai anak yg solehah. jaga adik adik. masak untuk mereka. hahaha. jaga kemaslahatan rumah. pick up ain kat sekolah. masa tu halim ada kat rumah, baru habis spm kan. aku teman dia pergi interview JPA, MARA. also I was there when he got his SPM result. menyibuk je kot. hahahah. lagi bulan april, my first time celebrate Har Bahar's birthday. make a surprise birthday for her until she wanna cry :P 


mei menyusul tiba but nothing to share on this month. heheheh

June came without knowing. parents aku pergi umrah. kami ditinggalkan. that time, aku nak balik penang dah. kebetulan Halim nak daftar UIAM. okay, semua kena survive sendiri. sedih kot masa tu. ditinggalkan. Balik semula ke Penang untuk meneruskan perjuangan yg belum selesai. semester terakhir sebelum ke latihan industri kali kedua. masih bersama Effa sebagai roomate dan kehadiran Atiqah dan Sue memeriahkan hidup kami di bilik. 

July, meneruskan rutin sebagai mahasiswa katanya. pergi kelas, kitchen dan kelas silat. tired I guess. kitchen semester ni dua je tapi berat kot. satu international buffet satu artistry. aku suka artistry. suka giler :D 
Salah satu product artistry, Lemon curd tart

august coming. ramadhan terakhir di UiTM I guess. okay, sedih kot. since kat rembau, puasa setiap tahun adalah bersama kawan kawan. tahun depan puasa tak tahu dengan siapa. ada lah kitaorg buat makan makan ,iftar bersama classmates. kebetulan chef reza bagi duit masa tu. kitaorg pun pegi bazar, buka ramai ramai kat foodcourt. lps ni takda dah kot ke bazar ramadhan sama sama. seriously, tahun ni puasa mcm sekejap sangat. mungkin banyak projek yg perlu diselesaikan, tak terasa masa berlalu pantas. raya alhamdulillah dapat balik walaupun bus yg aku dpt tu bas entah apa apa. padah beli tiket lambat :D takpelah, at least dapat beraya bersama keluarga kan. hehehe


gembira kan bila dapat bersama keluarga :'(



I got this on my birthday :)
september, dah nak dekat final wehhh. masih meneruskan hidup. oh yeah, kelas sem ni takda kelas malam. tapi ada kelas kat Perda. setelah lima semester baru dapat rasa kelas kat Perda. kelas semuanya paling sikit hours, dua jam. tak dua jam, tiga empat jam. nampak tak kebosanan tersebut kelas lama lama. hahaha. 

aku nak cerita, subjek sem ni susah sikit compare to previous semester. aku ada amik Legal food aspect which is known as Law. weh, belajar undang undang kot. subjek ni ramai org gembar gemburkan susah. bila aku faced subjek ni, mmg susah pun tapi ada teknik nak belajar dia. seminggu sekali je belajar benda ni tapi tiga jam dalam lecture hall. gabung tiga kelas terus. kalau tak focus dalam kelas, mmg tak boleh jawab weh. maka terpaksalah mendengar setiap yg disampaikan oleh lecturer. 


october, final telah tiba. whoaaaa. sem ni 4 paper je untuk teori subjek. catering, Economy, Entrepreneurship dan Law. selebihnya subjek practikal. untuk final sem ni, gap between paper tak lama. study week lima hari kalau tak silap tapi pulun kat paper catering je. subjek lain dianaktirikan. okay kesian mereka. aku dapat rasakan yg subjek sem ni mmg tough. sanggup bersengkang mata. hahaha. paling aku suka, masa nak final ni aura masa nak spm tu datang balik. bila masa bangun awal pagi sebelum subuh belajar. pastu kejut Sue ngan Effa belajar sekali. serious macam dengan valeds dulu. rindu :( 

lupa, bulan october jugak ada tiga event yg kitaorg kena attend. salah satunya trip ke royal belum. dua hari tiga malam. tidur dalam boat house. event ni seronok walaupun ada konflik masa awal tu. seronok lagi masa malam tu. kitaorg classmate duduk ramai ramai dlm bulatan. main true or dare. hahaha. habis semua rahsia kena korek. lagi best bila aku, mizah, zawir, helmi, haidar ngan beberapa lagi lepak. masa ni ada yg dah balik boat house. masa ni apa kitaorg buat ialah zawir ngan amri main gitar, pastu nyanyi ramai ramai. best kottt. lagu yg aku tak lupa, bulan lapan di sandakan :D

royal belum with them :D
habis di royal belum, IBCA menanti. IBCA stands for International buffet Culinary arts. event yang mmg akan diwajibkan untuk part 5. event yang menentukan batch kitaorg ni mcm mana. mise en place start 2 hari awal. balik kitchen 4 pagi weh. rabak mata sedangkan mise en place tak seberapa. from this event. aku buat satu konklusi yg mana aku suka event ni sebab aku boleh kenal batchmate aku dari kls B dan C. lain, aku belajar, utk create event, it wasn't an easy task. kena bersatu hati bergabung tenaga utk menjayakannya. lastly, enjoy masa IBCA ni. penat ramai ramai kan. hehehe







last event, MPG known as malam pra graduasi. hehehe. dinner lah senang cerita. kali ni, dinner dengan semua budak hotel, campur lah bukan kulinari je. quite best sebab meriah. lepas tu organiser pun sporting. tema apa malam tu? rock and roll. semua participate. chef pun sporting je dress up malam tu. hehehe. malam kenangan maybe :) 


habis semua event semester 5. apa lagi ye. tinggal final sahaja. habis final, semua bersedia untuk latihan industri kedua.

november, bulan bermulanya latihan industri kedua. heeee. aku pilih langkawi kali ni. dapat Shereton beach resort. okay mcm tak percaya aku kat langkawi sekarang ni :D apa yang menarik di hotel ini? permandangan yang indah. aku ditemani pokok hijau, kera dan lutung yg nakal serta sahabat di sisi. berjauhan dengan keluarga dan orang tersayang lagi. 

Langkawi :)


di sini, aku dapat mengenali pelbagai ragam manusia. hahaha. yg menguji kesabaran dan keimanan aku rasa. but aku enjoy duduk sini. aku suka. lagi lagi bila dekat dengan permandangan indah. sini takda sawah macam kat rumah tapi Allah gantikan dengan Laut yang terbentang luas. almost setiap petang, teman aku adalah pantai. duduk termenung sorang. bukan ada masalah tapi menghayati permandangan indah. Hannan share ngan aku satu quote, "mata melihat alam, hati melihat Tuhan". aku dapat rasa ketenangan tu. 





december penutup tahun 2014. bulan ni aku mula tukar department. duduk feast restaurant. best jugaklah. hehehe. bulan 12 jugak, banyak hang out dengan bebudak training lain. sini ramai trainee tak mcm kat JB dulu. so my life here mmg dengan mereka. tetiba rapat dengan mereka. which is tak pernah terikir pun. birthday nisya, farewell mat toq ngan syed, main boling dan karaoke. Nisya, Pali, Hannan, Hairol dan Wan :D 


birthday nisya 

Farewell syed dan mat toq sekali birthday wan

geng motor i guess :P

what I learnt in 2014 huh? be more matured, overcome problems and stay cool. aku nak sangat jadi manusia yang cool yg rilek je bila masalah melanda. well, tak mustahil kan. maka, berakhirnya 2014. terima kasih ibu abah, menjaga dan membesarkan org sampai sekarang. terima kasih adik adik menemani hidup ni dari kecil sampai sekarang, terima kasih har bahar, awak sentiasa di sisi saya waktu susah dan senang. terima kasih kawan kawan yang masih keep in touch dengan saya walaupun kita jarang jumpa. terima kasih juga kawan kawan yg berada di keliling saya sekarang ni. anda sudi berkawan dengan saya dan memenuhkan hari hari saya dengan warna warni 



I only can pray and try my best to make my 2015 better. in shaa Allah :D