Friday, December 9, 2011

Malam yang paling gempak :)


Whoaaaa!!! gempak tak banner tu? segempak dinner malam tu :)
tp before kitaorang pergi dinner tu, kitaorang kene wat macam2. bersihkan surau, bersihakan kelas, bersihakan asrama (sbnrnya tak!)kemas barang...



pagi tu DM tak bukak. kitaorang breakfast Pak cik Osman belanja. then habis kemas, aku pegi mntak signature budak perempuan kat baju sekolah. actually tak nak conteng baju tapi bile fikir balik, bile nak conteng baju lagi kan? so, ni la hasilnya.



bra tu malia yang lukis. panties tu lak dibah yang lukis. lepas tu kami pun bersiap-siap untuk ke Port Dickson.



sampai PD dalam pukul 3.45 camtu. then, kitaorang dapat bilik. turun main kat pantai lepas tu. sangat best!



akmal liyana merenung masa depannya :D


then, kitaorang tiup2 bubble,,,



budak2 lelaki sibuk naik banana boat



gambar atas ni smart kan? hehehehe. then kitaorang pun bersiap2 untuk dinner yang gempak tu. actually kitaorang turun lambat. biasela. perempuan bersiap memang cepat pun kan? dengan make upnya, baru nak belajar pakai lens, mana tak lambat? but at last, kitaorang turun jugak. sempat lagi bergambar sementara tunggu lift.


majlis malam tu aned ngan farid jadi MC. ucapan daripada pengetua,ketua batch ngan ketua pelajar tak ketinggalan. then, kitaorang makan. makan takdelah sedap sangat but oklah. sambil makan tu, video daripada setiap kelas ditayangkan. al-razi, einstein ngan frost buat cerita hantu. bandura,chopin, davincci ngan galileo buat video kelas. lepas tu penyampaian sijil dan penghargaan kepada mereka yang berjasa kat sekolah. actually semua orang berjasa tapi, dorang ni berjasa lebih la daripada kitaorang :) 





lepas tamat semua tu, cikgu-cikgu semua keluar. apa lagi, bermulalah sesi pengambaran. perempuan-perempuan, lelaki-lelaki, lelaki-perempuan. oh ye, gambar kelas tidak dilupakan :)

Galileo

Einstein

Frost

Al-Razi
Chopin (tak semua)
Bandura (tak semua)

Da Vincci

Then, kitaorang kena halau keluar daripada dewan. tak cukup bergambar kat dalam, kat luar dewan pun jadilah.





tak cukup tu, dalam bilik pun sempat lagi bergambar :D ish! memang kaki bergambar la semua.





malam tu tidur dengan nyenyak sekali. sebab ape? sebab air-cond, penat main pantai petang tu, penat bergambar... esoknya breakfast kat bawah. ramai bangun lambat... subuh gajah!



ade yang pegi mandi pantai lepas tu. then berkemas-kemas untuk pulang ke semesra. ada yang parents amik kat PD. oh ye, nyani lagu sekolah untuk terakhir kalinya...


Penyiasat muda :)


balik sekolah tu kemas kelas lagi. tapi tak kesah pun. then, balik rumah. oh! sedihnya time tu. berpisah dengan dorang. 

best sangat spend time dengan semua valedict. berbaloi bayar RM 140. hasilnya sangat menakjubkan. lupe nk cakap. malam tu kitaorang dapat coklat, invitation card,botol,beg... semuanya cop valedictorian.

coklat takde sbb Ayna tak dapat coklat :)

so, thank you very much kepada Fazrul sebab jadikan malam tu sebagai realiti bukan hanya mimpi :) kepada valedictorian semua, thanx sebab bagi memori yang indah sangat dalam hidup aku. moga ukhwah yang terjalin ini berkekalan hingga ke syurga.



SENIORS.LEADERS.LEGENDS

I am proud to be valedictorian :)





P/S: hehehehe... thanx sbb sumbangkan gambar. sorry kalau aku amik tanpa kebenaran :D

Wednesday, December 7, 2011

Tamat sudah zaman persekolahan :D


2 Disember 2011, last day kat Rembau. huhuhu.. sedih gila time tu. ramai lak yang nangis. last paper biologi paper 3. actually lepas tamat paper kimia 3, semua orang sedih sebab paper itu sangat susah. experiment dia paling tak boleh blah. but, bile fikir, esok last wei, everyone cheer up again and struggle for the last subject. 

Biar aku citer time 30 November tu ape yg kitaorang buat!
ni la kitaorang time paper bio 3. baik gila pengawas tu bagi kitaorg amik gambar. 


pastu, kitaorg sempat lagi kena game ngan ketua pengawas. kitaorg igtkan hari tu birthday dia tapi sbnrnya tak!!! ni la ketua pengawas tu. aku takkan lupa bila dia sebut sebelas jadi 'sabalas'. hehehehe.


then, abis exam, ade yang balik awal. tak pergi dinner esok. that day ialah last day kitaorang pakai baju sekolah. oh! sedihnya. pastu kitaorg round2 sekolah dengan memakai baju sekolah.



lepas tu, kitaorang dapat arahan nk buat video kelas utk dinner esok. semua jadi zombie.





time buat video tu, macha ngan naj wat aksi tak senonoh!tgk la ni,,,


hehehehe. ini semua lakonan je ya :D. lepas habis buat video, kitaorg pun balik dorm. pastu malam tu, kitaorang lepak kat kantin. pak cik osman masak special tapi kena bayar la.



habis makan, lepak kat kelas lak. buat usrah kononnya. padahal bergossip :P hahahaha. then, kitaorang nyanyi ramai2. ain sorang je nangis. hehehehe. dibah tak nangis pulak malam tu.




sorry ar. video tak boleh rotate :D hehehehe. then kitaorang tgk bdk laki main futsal lak. sampai 1.30 pagi, aku still dengar wisel, bdk laki jerit. hmmm,,, actually bdk laki lepas gian nak main futsal waktu malam. malam tu malam pertama dan terakhir dorang main futsal waktu malam. tu yang subuh esoknya tu subuh gajah!




Sampai rosak bola tu. dasyat!!!


pastu kitaorang naik dorm. aku g mintak sume orang pnye number fone. buat muke tak malu ni. then, sign baju orang and last tidur. almat 2.00 am baru aku tidur.
ok. cukup sampai sini. aku sambung post lain nanti :)