Monday, July 3, 2017

Hidup jangan mendongak ke langit, Takut menyembah bumi

Lamanya tak menulis di sini hahahaha.
Tapi harini terasa nak menulis untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hatiku ini.
Sambil menulis apa yang terbuku di hati ini, sambil mendengar lagu Untukmu Teman by Brothers sebab rindu dekat seseorang hahahaha.

Kadang Kadang kita rasa musibah itu menyesakkan fikiran dan hati kita tapi bila kita fikir semula, tahu tak yang musibah tu sesuatu yang bagus? Musibah itu membuatkan kita muhasabah diri semula. Fikir semula apa yang terjadi pada kita mungkin disebabkan oleh banyak benda atau dosa yang kita buat mengakibatkan musibah itu menimpa diri kita.

Hahahah ayat nya macam keling ni. Secara kesimpulannya, aku insaf dengan musibah kalini yang menimpa aku. Seriously. Huhuhu.

Semester ni banyak benda tak penting aku buat. Banyak benda negatif sebenarnya. Lepastu, terlalu yakin yang diri ni terlalu bagus. Allah tu Maha Adil Maha mengetahui apa yang terbuku di hatiku. Lalu dia tunjukkan kebenaran. Orang yang kau kutuk yang kau umpat itulah yang lagi perform daripada kau.

Sungguhlah, kita ni jangan terlalu yakin pada kejayaan lepas. Kita kena ingat yang kita ni tak sentiasa kat atas. Kita akan berada di bawah juga akhirnya. Sekarang, aku dah kat bawah. Terduduk wehhh. Sedihnya tak payah cakaplah. Mujur ada kawan yang menyedarkan aku. Alhamdulillah.

Moga aku sungguh sungguh belajar daripada kesilapanku ini :(





Wednesday, June 22, 2016

PETIT FOURS







Petit fours generally refer to any small cakes, cookies or pastry products that can be eaten with one or two bite. Can be either sweets or savory Size 1 inches square 1.5 to 2 inches high and Commonly decorate with candy roses and sugar decorations. 

History of Petit Fours 


In French, Petit Fours means "small oven". Therefore, traditionally it was made in the 18th century during the cool down process of brick ovens. Coal heat was hard to control as it burn much hotter than woods. So they don’t want to waste it, they bake this items called petit fours. Small, easy and require less time to cook.They were first presented at the Court Louis XIV. They had to be served immediately after taken out from the oven.



Type of Petit Fours

There are 6 types of Petit Fours. Which are: 

1. Petit Four Sec
•Instead of moist and dry, petit four sec generally must be crispy with no icing and no filling.
•But then, some of it may be dipped in chocolate.
•This petit four commonly served with after dinner coffee. Accompanied with
- ice cream
- Bavarian
- mousse
Assorted petit four sec



2. Petit Fours Amendes 
For this type of petit four, the hero ingredient is almonds. For example, Macaroon or almond cookies. 


Macaroon



3. Petit fours fraisé

This type of petit four is tiny replica of larger cake
Tiny cakes are called Carolines
Small fruits are called Barquettes
Small tartlets are called Mignonettes and
Small rum babas are called Pomponnettes

Barquettes 
Pomponettes 
4. Petit Four glaces 
Tiny cakes covered with fondant. A sponge cake that layered with chocolate ganache or buttercream



5. Petit four deguise
Made up from fresh fruits such
- grapes
- cherries
- orange 
They are dipped in sugar solutions or alcohol called“griottines”

6. Petit four sales
Savory type of petit four. Prepared using short crust, puff pastry and choux pastry .
Example: “bouchees” (a small filled pastry shell similar to vol-au-vent but small bite size) and also cheese straw. 

Vol au vents

Cheese straw

Sunday, February 1, 2015

Yang lima Yang enam



ku imbas kembali sepanjang perjalanan 
ku cuba renungi setiap perbuatan 
ku tunduk malu, malu aku memikirkan 
pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan 
ku cuba berlari, lari dari realiti 
seperti ada tali yang menarik aku kembali 
aku masih tak faham masih juga tak mengerti 
masih mencari- cari siaakah diriku ini 

ku tanya pada hati moga diberi jawapan 
tapi ada dua suara yang sering kedengaran 
yang satu kata iya yang satu kata bukan 
kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan 
namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan 
selagi ada matahari dan selagi ada bulan 
selagi aku belum mengenal diri yang sebenar 
mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan 


dan aku masih terus mencari apa itu mengenal diri sendiri dan kaitannya dengan mengenal Tuhan. mungkin kadang kala aku juga belum lagi kenal diri aku ini. 


Tuesday, January 20, 2015

Duka




tiada duka yang abadi di dunia
tiada sepi merantaimu selamanya 
malam kan berakhir, hari kan berganti 
Takdir hidup kan dijalani 

tangis dan tawa nyanyian yang menggiring
hati yang rindukan cinta di jalan mu 
namun ku percaya, hati kan meyakini 
semua akan indah pada akhirnya 

andai bisa ku mengulang 
waktu hilang dan terbuang 
andai bisa perbaiki segala yang terjadi 
tapi waktu tak berhenti 
tapi detik tak kembali 
harap ampunkan hambaMu ini 

waktu berputar rembulan dan matahari 
bunga yang mekar akan layu akan mati 
malam kan berakhir, hari kan berganti 
takdir hidup kan dijalani 


**********************
Dalam dunia ni, tiada yang kekal. bila kita sedih, ingatlah bahawa sedih tu takkan selamanya. bila kita gembira, ingatlah kegembiraan itu tidak juga kekal selamanya. 

so what should we do huh?
when life is sweet,
say thank you and celebrate
when life is bitter, 
say thank you and grow 

Diri
janganlah disebabkan kesedihan sedikit, habis terpalit semuanya. 
hidup ini cuma sekali. dan seharusnya kita memanfaatkan sebaiknya hidup ini. 
jika terasa lemah, terlalu lemah, mungkin sudah masanya kita muhasabah diri agar kita jumpa kembali kekuatan tersebut. kekuatan yang telah hilang itu. 

moga kita sama sama diberi kekuatan apabila ditimpa kesedihan :) 

Tuesday, January 6, 2015

New year, 2015

Assalamualaikum :D

It is 2015 now guys! waaaa, umur dah naik satu angka lagi. getting older huh. tp muka mcm kanak kanak mungkin. okay perasan, hahahaha. 

i think for this entry, I would like to write about my 2014. tak pasti tahun yg menyedihkan atau menggembirakan, hehehe. 

okay, starting from January, masih di Johor Bharu meneruskan latihan industri pertama di The Puteri Pacific dan PERSADA. About this story, i ever wrote it in my previous entry, please refer okay. hehehe. Latihan industri berakhir pada Mac 2014. 

masuk bulan april, aku kat rumah. menjalani rutin sebagai anak yg solehah. jaga adik adik. masak untuk mereka. hahaha. jaga kemaslahatan rumah. pick up ain kat sekolah. masa tu halim ada kat rumah, baru habis spm kan. aku teman dia pergi interview JPA, MARA. also I was there when he got his SPM result. menyibuk je kot. hahahah. lagi bulan april, my first time celebrate Har Bahar's birthday. make a surprise birthday for her until she wanna cry :P 


mei menyusul tiba but nothing to share on this month. heheheh

June came without knowing. parents aku pergi umrah. kami ditinggalkan. that time, aku nak balik penang dah. kebetulan Halim nak daftar UIAM. okay, semua kena survive sendiri. sedih kot masa tu. ditinggalkan. Balik semula ke Penang untuk meneruskan perjuangan yg belum selesai. semester terakhir sebelum ke latihan industri kali kedua. masih bersama Effa sebagai roomate dan kehadiran Atiqah dan Sue memeriahkan hidup kami di bilik. 

July, meneruskan rutin sebagai mahasiswa katanya. pergi kelas, kitchen dan kelas silat. tired I guess. kitchen semester ni dua je tapi berat kot. satu international buffet satu artistry. aku suka artistry. suka giler :D 
Salah satu product artistry, Lemon curd tart

august coming. ramadhan terakhir di UiTM I guess. okay, sedih kot. since kat rembau, puasa setiap tahun adalah bersama kawan kawan. tahun depan puasa tak tahu dengan siapa. ada lah kitaorg buat makan makan ,iftar bersama classmates. kebetulan chef reza bagi duit masa tu. kitaorg pun pegi bazar, buka ramai ramai kat foodcourt. lps ni takda dah kot ke bazar ramadhan sama sama. seriously, tahun ni puasa mcm sekejap sangat. mungkin banyak projek yg perlu diselesaikan, tak terasa masa berlalu pantas. raya alhamdulillah dapat balik walaupun bus yg aku dpt tu bas entah apa apa. padah beli tiket lambat :D takpelah, at least dapat beraya bersama keluarga kan. hehehe


gembira kan bila dapat bersama keluarga :'(



I got this on my birthday :)
september, dah nak dekat final wehhh. masih meneruskan hidup. oh yeah, kelas sem ni takda kelas malam. tapi ada kelas kat Perda. setelah lima semester baru dapat rasa kelas kat Perda. kelas semuanya paling sikit hours, dua jam. tak dua jam, tiga empat jam. nampak tak kebosanan tersebut kelas lama lama. hahaha. 

aku nak cerita, subjek sem ni susah sikit compare to previous semester. aku ada amik Legal food aspect which is known as Law. weh, belajar undang undang kot. subjek ni ramai org gembar gemburkan susah. bila aku faced subjek ni, mmg susah pun tapi ada teknik nak belajar dia. seminggu sekali je belajar benda ni tapi tiga jam dalam lecture hall. gabung tiga kelas terus. kalau tak focus dalam kelas, mmg tak boleh jawab weh. maka terpaksalah mendengar setiap yg disampaikan oleh lecturer. 


october, final telah tiba. whoaaaa. sem ni 4 paper je untuk teori subjek. catering, Economy, Entrepreneurship dan Law. selebihnya subjek practikal. untuk final sem ni, gap between paper tak lama. study week lima hari kalau tak silap tapi pulun kat paper catering je. subjek lain dianaktirikan. okay kesian mereka. aku dapat rasakan yg subjek sem ni mmg tough. sanggup bersengkang mata. hahaha. paling aku suka, masa nak final ni aura masa nak spm tu datang balik. bila masa bangun awal pagi sebelum subuh belajar. pastu kejut Sue ngan Effa belajar sekali. serious macam dengan valeds dulu. rindu :( 

lupa, bulan october jugak ada tiga event yg kitaorg kena attend. salah satunya trip ke royal belum. dua hari tiga malam. tidur dalam boat house. event ni seronok walaupun ada konflik masa awal tu. seronok lagi masa malam tu. kitaorg classmate duduk ramai ramai dlm bulatan. main true or dare. hahaha. habis semua rahsia kena korek. lagi best bila aku, mizah, zawir, helmi, haidar ngan beberapa lagi lepak. masa ni ada yg dah balik boat house. masa ni apa kitaorg buat ialah zawir ngan amri main gitar, pastu nyanyi ramai ramai. best kottt. lagu yg aku tak lupa, bulan lapan di sandakan :D

royal belum with them :D
habis di royal belum, IBCA menanti. IBCA stands for International buffet Culinary arts. event yang mmg akan diwajibkan untuk part 5. event yang menentukan batch kitaorg ni mcm mana. mise en place start 2 hari awal. balik kitchen 4 pagi weh. rabak mata sedangkan mise en place tak seberapa. from this event. aku buat satu konklusi yg mana aku suka event ni sebab aku boleh kenal batchmate aku dari kls B dan C. lain, aku belajar, utk create event, it wasn't an easy task. kena bersatu hati bergabung tenaga utk menjayakannya. lastly, enjoy masa IBCA ni. penat ramai ramai kan. hehehe







last event, MPG known as malam pra graduasi. hehehe. dinner lah senang cerita. kali ni, dinner dengan semua budak hotel, campur lah bukan kulinari je. quite best sebab meriah. lepas tu organiser pun sporting. tema apa malam tu? rock and roll. semua participate. chef pun sporting je dress up malam tu. hehehe. malam kenangan maybe :) 


habis semua event semester 5. apa lagi ye. tinggal final sahaja. habis final, semua bersedia untuk latihan industri kedua.

november, bulan bermulanya latihan industri kedua. heeee. aku pilih langkawi kali ni. dapat Shereton beach resort. okay mcm tak percaya aku kat langkawi sekarang ni :D apa yang menarik di hotel ini? permandangan yang indah. aku ditemani pokok hijau, kera dan lutung yg nakal serta sahabat di sisi. berjauhan dengan keluarga dan orang tersayang lagi. 

Langkawi :)


di sini, aku dapat mengenali pelbagai ragam manusia. hahaha. yg menguji kesabaran dan keimanan aku rasa. but aku enjoy duduk sini. aku suka. lagi lagi bila dekat dengan permandangan indah. sini takda sawah macam kat rumah tapi Allah gantikan dengan Laut yang terbentang luas. almost setiap petang, teman aku adalah pantai. duduk termenung sorang. bukan ada masalah tapi menghayati permandangan indah. Hannan share ngan aku satu quote, "mata melihat alam, hati melihat Tuhan". aku dapat rasa ketenangan tu. 





december penutup tahun 2014. bulan ni aku mula tukar department. duduk feast restaurant. best jugaklah. hehehe. bulan 12 jugak, banyak hang out dengan bebudak training lain. sini ramai trainee tak mcm kat JB dulu. so my life here mmg dengan mereka. tetiba rapat dengan mereka. which is tak pernah terikir pun. birthday nisya, farewell mat toq ngan syed, main boling dan karaoke. Nisya, Pali, Hannan, Hairol dan Wan :D 


birthday nisya 

Farewell syed dan mat toq sekali birthday wan

geng motor i guess :P

what I learnt in 2014 huh? be more matured, overcome problems and stay cool. aku nak sangat jadi manusia yang cool yg rilek je bila masalah melanda. well, tak mustahil kan. maka, berakhirnya 2014. terima kasih ibu abah, menjaga dan membesarkan org sampai sekarang. terima kasih adik adik menemani hidup ni dari kecil sampai sekarang, terima kasih har bahar, awak sentiasa di sisi saya waktu susah dan senang. terima kasih kawan kawan yang masih keep in touch dengan saya walaupun kita jarang jumpa. terima kasih juga kawan kawan yg berada di keliling saya sekarang ni. anda sudi berkawan dengan saya dan memenuhkan hari hari saya dengan warna warni 



I only can pray and try my best to make my 2015 better. in shaa Allah :D




Monday, April 21, 2014

BFF

Assalamualaikum :)

well, BFF, common acronym now a days. Best Friend Forever
When we asked people what is BFF? "those friends yg ada dengan kita waktu susah dan senang", "those friends yg faham apa yg kita rasa walaupun kita tak ckp kat dia", "those friends yg mampu buat kita gembira waktu kita sedih" and many more.

well, actually, everyone needs friends. manusia ni hamba yang lemah. mana mungkin kita boleh hidup sendirian kat muka bumi ni. kita perlukan bantuan org lain dalam meneruskan hidup ini.

finding BFF for me wasn't an easy task. well, I think not just me but all of us. until now, I still not sure what BFF is actually. yeah, of course lah tahu "best friend forever" but deeply punya maksud aku still tak jumpa.



when we grew up, we will met a lot of people. manusia ni macam macam ragamnya. ada yang okay,tak okay,susah nak identified. hahaha. tapi, daripada setiap pertemuan dengan orang orang sebeginilah, kita belajar menjadi manusia. there is one quotes, "I'm glad meeting everyone in my life. the good and the bead. the good make me thankful and the bad make me learn my lesson". see, take a lesson hah.

back to BFF, my personal opinion, I was thinking that to find a best friend, we should be best first. maksudnya? pernah tak dengar quotes pasal kahwin yang "lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya"? so, I used the same theory. bagi aku, kita kena jadi baik dulu baru boleh jumpa kawan yang baik. apa yang kita beri, kita akan dapat.

I ever read this,
Kita selalu terbaca yang kawan ketika senang dan berjaya mudah sangat dicari dan kawan ketika susah dan gagal sangat sukar dijejaki. tapi betul ke kita sentiasa ada buat kawan kita ketika dia dalam kesusahan, ketika dia sangat memerlukan kita?
daripada pemahaman aku, tak semua orang boleh bantu kawan dia waktu kawan dia susah. masih ada sifat "jual ikan" dalam diri kita ni. hahaha. okay, aku pun. so? nak bising kalau kawan tak nak tolong kita masa kita susah? senyap sudah. tapi manusia ni susah nak senyap. ada je bunyi kan?

tak perlu cari kot BFF ni. in shaa Allah satu hari nanti dia akan hadir dengan sendirinya. bila kita sibuk mencari, takkan jumpa. kadang-kadang kita kawan dengan mereka yang tak berapa baik pada awalnya. tapi bila kita tunjukkan kebaikan pada dia, tolong dia waktu susah, selalu ingat-mengingatkan antara satu sama lain, in shaa Allah kawan kita tu akan berubah jadi baik satu hari nanti.




those yang pernah baca buku Contengan Jalanan mesti kenal Chad dengan Fend. i love their character. dorang ni bukannya baik pun. tp mereka berhijrah ke arah kebaikan. Chad ajak Fend. okay, sangat suka. korang baca lah sendiri. paling sweet,

"aku teringin nak masuk syurga"
"siapa yang tak nak?"
"kalau kau masuk dulu, tarik aku sama ?"

nice kan? huaaaaa. in shaa Allah satu hari nanti jumpa kawan yang mcm ni :) 
dalam bersahabat ni, jangan terlalu mencari kesempurnaan. mana ada manusia yang sempurna. dalam Versus, "you will never reach perfection because there's always room for improvement. yet, all the way to perfection you will learn to get better".
sentiasa baiki diri supaya kita jadi manusia yang baik.

the other thing, when we already found the BFF, jangan terlalu sayang kat dia. takut nanti kita terluka bila tinggalkan kita, bila dia lukakan hati kita. hati manusia ni berbolak balik dan hanya Allah yang tahu isi hati manusia. sayang berpada-pada :) 

Patrick dan Spongebob ni BFF yg paling sweet. hihihi

 semoga satu hari nanti, kita semua akan bertemu dengan kawan yang korang panggil "BFF" :)

"Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain" 


Friday, March 7, 2014

another two sem :)

assalamualaikum...

heyya! yeah, sedar tak sedar almost finish the 4th semester. rasanya macam baru semalam daftar kat penang ni. hahaha. so, means that dah two years kot bertapa kat penang ni. weee~
I just finished my training at The Puteri Pacific Johor Bahru. yeahhh! I like it very much. alhamdulillah. walaupun pada mulanya penuh dengan pahit dan getir tp Allah memudahkan segala urusan. Alhamdulillah.

kitaorg sama tempat practical :)



so, basically, I want to tell a story about my training life :D
sepanjang training, hotel didn't provide accommodation ye. therefore, I need to find out myself. this is the hardest part I guess. yeah! memang. hahaha. At last, dapatlah rumah sewa dekat Bukit Saujana. okay, berjiran dengan menteri besar kot. pui, jiran lah sangat :P then, I got to know my new house mate, Kak Sue, Kak Ari, Kak Nisa, Kak Jay and Kak Ummi. sewa mahal tp aku bersyukur sebab even mahal, housemate baik kot. sumpah baik sangat sangat. tak tau nak cakap baik macam mana. dah macam kakak sendiri. dorang care pasal kami. The best part, rasa macam terimbau balik zaman sekolah. you know why? sebab solat berjemaah, makan berjemaah, masak sama-sama. secara tak langsung, ukhwah bertambah erat dan I really love it :)

then, I went to work naik bus. everyday kerja. only one day Off. bayangkan, kerja penat tapi off day hanya sehari. Pergi kerja around 8.15. sampai nanti around 8.35 ke. ngam lah tu sebab punch card at least before 9. then, the working life begun.

almost 4 months I had been training here, what did I feel? one word, AWESOME! hahaha
why? for sure I had learnt many things here. kenal dengan macam macam manusia. belajar dengan dorang. ye, betul dorang kata, perjalanan hidup kau masih jauhhh. ni baru permulaan.
oh yeah, sini pekerjanya ramai lelaki. dan mereka semua dah blh dipanggil uncle rasanya tapi punya lah perasan muda, still panggil abang. hahaha. aku anggap dorang ni macam abah dan aku adalah anak mereka. paling tak boleh lupa, abang Aziz, Abg Azmi, Abg Pie, Abg Mamak, Abg As, Chef Rusli. mengajar aku buat tu buat ni. solve problems. yeah!


then, I got to know Dayana, Amoi, Kak bitah, Faez, Daryl, budak budak training lain. even aku baru kenal dorang tapi rasa macam dah lama kenal ni. hang out, main boling, makan sesama, masak sesama.
I still remember that Chef Hanafi (the culinary director) said, work as a family, then we know the different. kerja macam keluarga ni best kot. bukan sekadar kenal dengan kitchen crew je, dengan budak service, steward semua pun kenal jugak. apa yg blh aku katakan, mereka ni friendly. Yang tua dihormati. mak cik yang still bekerja tak panggil mak cik,panggil ibu atau mak. sweet kan? hahaha


working hours tak tentu. If there is event, I need to stay as a part timers. NVM la, still got pocket money. alhamdulillah. I ever experience 3 days straight event. that time I was training at Malay kitchen. malay kitchen ni penat dia takyah cakaplah. memang penat. masakan melayu ni bukan senang. 3 hari berturut balik pukul 11 malam, esoknya masuk pukul 8. then, bila off day, tidur tak ingat dunia kot. alhamdulillah tak demam. sihat je. hehehe. then, bila duk kat malay kitchen, baju memang tak sah kalau tak kotor. bila menumis, memang terpecik percik la. my mentor here was Abg Aziz. he was a great man. cakaplah masak apa, he knows well. lagi lagi kalau masak briyani. macam macam briyani dia boleh masak. and the most unforgettable thing, he called me "kecik". hahaha. kecik sangattt. Abg Din, Chef Azam, Abg Azhar also doing the same thing. kelakar.


The last week of training, I got food tastinng. Macam practical exam la kalau kat UiTM. nak kata kecut perut tu dak lah. but quite nervous. I pass the test. but sebenarnya bukannya atas usaha aku sorang. Chef Rusli, Chef Janggut, Abg Pie, Abg As, Kak Anis, Daryl, Abg Khai banyak tolong. tanpa dorang dan izin Allah, memang tak pass lah kot. My dessert was the hero! but actually, banyk kisah di sebalik jadinya dessert tu, Carrot cake. Bila kenang balik, memang nak guling-guling ah gelak.

My hero :D hahaha

Chef Hanafi pesan, it was a good starter as a trainer. Need to improve more and more especially in presenting the food. Thank you chef! aku dah buktikan yang aku pun boleh masak! hahaha.


alhamdulillah, now habis dah training. I really enjoy myself very much at here. ada umur dan rezeki yang panjang, in shaa Allah kita jumpa lagi satu hari nanti.

Now I realise, being in this course wasn't that easy especially for woman. kerja tak tentu masa, then kerja bukan ringan tau. berat. angkat barang berat berat. but NVM, I'll never give up. ni semua bukan penghalang. I plan to continue my degree after this. then, work at hotels and restaurants to gain experience. lastly, maybe pursue my Phd and run my own business. I need to work hard and smart from now to make my culinary dream came true. Yeahhh!